
Seperti yang kita semua ketahui, kebanyakan Anamichi Badan (Titik Akupuntur) manusia terkumpul di tapak kaki. Bahan aktif Bamboo Vinegar @ Cuka Buluh yang terdapat dalam Richkey Detox Patch bertujuan untuk merangsang Anamichi Badan dalam proses menyahtoksin dan membuang lebihan lembapan badan seperti yang diamalkan dalam Perubatan Tradisi Asia iaitu Bekam dan Urut Tapak Kaki (yang mensasarkan Titik Akupuntur pada badan manusia). Walaubagaimanapun, prinsip ini tidak dapat diterimapakai di kebanyakan Negara Barat, terutamanya dalam mengenalpasti kewujudan Titik Akupuntur ini. Jadi, mereka telah membuat penemuan bahawa Detox Patch boleh digelapkan dengan hanya mengenakan air, sekaligus menafikan tentang keberkesanan Detox Patch ini.
Bamboo Vinegar @ Cuka Buluh dihasilkan daripada proses pengkarbonan buluh. Khasiat herba yang terdapat padanya dapat membantu dalam membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan serta toksin daripada badan manusia. Bamboo Vinegar @ Cuka Buluh ini dihasilkan daripada asap buluh yang dikarbonkan, jadi ia berbau agak masam serta berbau seperti asap (dalam erti kata lain, bau BARBEKU).
Bamboo Vinegar @ Cuka Buluh mengandungi lebih 200 bahan (80-90% daripadanya adalah air) yang semuanya adalah komposisi semulajadi dan selamat untuk kegunaan manusia. Ia mempunyai kesan penyahjangkitan dalam pensterilan kulit; kandungan ester dengan mudah meresap ke dalam lapisan tebal kulit. Asid asetik yang terdapat dalam Bamboo Vinegar @ Cuka Buluh akan melembutkan kutikel dan mempunyai kesan menakjubkan dalam melegakan dermatitis, kegatalan, kaki makan air dan sebagainya.?
Ini bermakna, jika serbuk Richkey Detox Patch ini terkena air, ia akan bertukar menjadi gelap/ perang gelap tetapi tidak menukarkannya menjadi hitam berminyak. JIKA RAGU-RAGU, EKSPERIMEN BOLEH DIJALANKAN. Hasil ujian jika dikenakan pada air (gelap/perang gelap) tidak akan sama jika dibandingkan dengan selepas digunakan pada tapak kaki (hitam berminyak). Jangan lupa bahawa peluh dan kelembapan juga sejenis toksin. Respon yang baik daripada pelanggan yang menghadapi masalah fizikal membuktikan keberkesanan Richkey Detox Patch.
Tanda-tanda seseorang banyak toksin :
Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.
Bagaimana toksin terjadi?
- Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
- Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
- Merokok
- Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
- Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.
Cara membuang toksin (Nyahtoksin) :
- Detox : Detox umpama ‘agen’ pencuci yang ‘mengikis’ dinding usus yang terlekat dengan sisa buangan yang tidak pernah dibuang dalam tempoh yang sepatutnya.
- Senaman : Dengan senaman Toksin akan keluar melalui perkumuhan (peluh)
- Refleksologi : Sebahagian dari toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akan mendap dibahagian kaki. so disini pentingnya refleksologi kerana menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.
- Berpuasa : Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat” (H.R. Muslim)